Thursday, November 10, 2011

TERJEMAHAN DUNIA TUHAN


SERINGKALI muncul difikiran aku, beberapa perkataan yang aku rasakan terjemahan kurang memberi makna. Maklumlah aku tidak boleh berbahasa arab. Namun, yang boleh berbahasa arabpun kelihatan sudah berpuas hati dengan terjemahan yang ada sekarang. Aku mohon sesiapa yang arif dapat memberi pencerahan kepada aku mengenai hal ini.

Aku ingin membawa contoh:

1. Allah hu Akbar = Allah maha besar; Inilah yang sering diterjemahkan. Oleh sebab aku juga biasa membaca terjemahan dan tafsir dalam bahasa Inggeris selalunya: Allah the most great.
Bagaimana mungkin mahu bertafakur akan ayat-ayat itu, jika terjemahan itu aku rasa kurang puas hati. Sama ada betul atau salah, aku rasakan terjemahan aku sendiri - Allah maha berkuasa. Bolehkah sesiapa membetulkan jika aku silap?

2. Subhanallah = Maha suci Allah. Terjemahan dalam bahasa Inggeris Glory to Allah. Rasanya macam ada sense sikit yang dalam bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa Melayu. Terjemahan aku pula: Agongnya Allah.

3. Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim = Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Dalam bacaan aku, ketika melihat tafsir Maariful Quran (dalam bahasa Inggeris), aku temui 'I begin with the name of Allah, mercy and compasionate'. Barulah aku merasa ada subjek, iaitu `i begin...'.

4. Istilah yang kerab kali aku jumpai dalam al-Quran ialah Rabb - termasuklah dipermulaan alfatihah, dan annas. Rabb = Tuhan. Bagaimanapula dengan 'illah' dalam annas itu, bukankah juga Tuhan? Dalam bahasa Inggeris aku rasakan ada sense, Lord. Seperti landlord - iaitu pemilik.

5. Istilah Qalb. Qalb = hati. Aku membaca artikel bekas mufti Perlis, Ustaz Asri menyatakan qalb itu bukan hati, tapi jantung. Terjemahan dalam bahasa Inggeris hati = liver. Jantung = heart.


Mengapa ini berlaku?

Mungkin aku salah, tapi aku rasakan ianya bermula dari terjemahan al-Quran dan buku agama daripada bahasa Arab ke Indonesia, dan buku-buku itu diimport ke Malaysia. Masih aku ingat buku-buku tebal yang berada di rumah aku ketika aku kecil, seperti Ihya Ulumiddin karya Imam AlGhazali dan Al-Umm karya Imam Syafie adalah terjemahan ke bahasa Indonesia. Apakah penterjemahan itu betul-betul faham? Adakah pula terjemahan dari Arab ke Indonesia dan dirasakan pula oleh perasaan rakyat Malaysia dengan rasaan yang sama?

Aku belum lagi melihat tafsir Quran oleh Ustaz Hayy muhaditsin Malaysia, dan masih sedang mencari. Mungkin tafsiran itu mengambil kira `rasaan hati' orang Melayu? Jika terjemahan Jakim seperti Tafsir Ar-Rahman, kelihatan masih lagi mengikut rentak keindonesiaan. Ataupun mungkin terjemahan kita tidak dari mereka yang begitu pakar akan bahasa Arab Awal, iaitu bahasa ketika Quran diturunkan. Seperti kita tahu, roh bahasa turut bertukar bila berlalu zaman.


















No comments: