Tuesday, July 12, 2011

PERANG POLITIK vs BUDI

SEMALAM, guru berkata, undi tidak menang dengan hujah. Betapa baiknya hujah tidak semestinya akan mengubah seseorang itu. Menang hujah logik dan akal tidak semestinya mengubah pendirian seseorang.

Yang sokong Bersih akan terus sokong. Yang beriklinasi kerajaan akan menolak Bersih. Kedua-dua ada hujah. Masing-masing menggunakan kepintaran. Jika kumpulan proBersih menggunakan Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan kepada rakyat untyuk berhimpin secara aman, kumpulan prokerajaan menggunakan Perkara 10 (2) Perlembagaan yang menyatakan perhimpunan juga mesti ada batas-batasnya.

Guru juga berkata, rata-rata rakyat ada kecenderungan untuk antiestablishment. Jelas terpancar dalam Generasi Y. Anak-anak muda tidak mahu dikongkong. Anak-anak muda mahu bebas pemikiran. Anak-anak muda mahukan pendirian sendiri.

Menariknya, kecederungan itu dimanfaatkan oleh pembangkang, dipropagandakan, disuap, dan diindoktrinasi semahu-mahunya.

Tidak ramai yang mampu mempunyai fikiran sendiri dan dalam masa sama tidak menyokong pembangkang.

Jika begitu, guru, apakah tiada jalan penyelesaian?

"Budi," Budi mesti diberikan, bukan hujah. Budi tidak semestinya duit. Budi ialah sesuatu yang bermakna dan memberi kesan mendalam kepada kemanusiaan seseorang.

UMNO telah bertapak lama. UMNO pernah suatu ketika dilihat, dirasai dan diyakini memberi 'budi' kepada seluruh orang Melayu. Tun Razak begitu jelas akan hal ini. Tun Razak begitu menonjol akan perkara ini dan Tun Razak telah memberikan contoh yang amat baik.

Puteri UMNO suatu ketika, zaman Kak Aza, telah muncul dan kelihatan memberi budi yang luar biasa kepada rakyat. Sentuhannya dirasai. Buat kerja-kerja kebajikan. Buat tuisyen merata-rata. Buat English-on-wheels. Kesannya tidak sedikit. Keputusan anak-anak orang kampung dalam UPSR meningkat. Ibu bapa suka hati.

Roh ini semakin sirna. Semakin hilang dalam 'rasaan' rakyat. Ibu bapa kurang lagi merasai sentuhan berkenaan.

Pemuda dah begitu 'tua'. Sentiasa sibuk mencari sen. Hormat masyarakat bukan terhadap seseorang yang begitu cepat dapat mengumpul kekayaan. Hormat masyarakat bukan terhadap hujah intelektual seseorang.

Masyarakat akan 'tunduk' apabila budi ikhlas memasuki ruang perasaannya.

No comments: