Monday, October 26, 2009

MENGAPA TOK GURU NIK AZIZ MAKIN ANEH?

INI bukan teori aku. Hanya sekadar renungan. Mengapa tiba-tiba Nik Aziz meminta Muktamar Agung Khas (ala-AGM) untuk membuang Nasharuddin Md Isa(Timbalan Presiden), Mustapa Ali (Setiausaha Agung) dan Hasan Ali (Pesuruhjaya Selangor.

Ketiga-tiga ini orang kuat PAS. Mereka ada pengaruh masing-masing.

Ulasan dalam akhbar dan cakap-cakap menyatakan ketiga-tiga ini prokerajaan perpaduaan bersama dengan UMNO, manakala Nik Aziz (lebih tepatnya penulis blogtokguru) berpihak kepada pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Yang dikatakan prokerajaan perpaduan diketuai oleh Presiden PAS, Hadi Awang. Namun, Nik Aziz tidak menyatakan hasrat untuk membuangnya dari PAS.

Dinyatakan juga dalam akhbar dan berlegar cakap-cakap di merata tempat, kumpulan Nik Aziz yang antaranya Husam Musa telah kalah dalam muktamar lalu kepada kumpulan Hadi.

Sesungut tidaklah terperangkap dengan cakap-cakap media atau orang ramai kerana daya kesan sesungut agak berbeza. Dalam tinjauan sesungut, Nik Aziz berkelakuan demikian kerana beberapa sebab, antaranya:

i. Dalam usia 82 tahun, beliau memikirkan bukan hanya nasib PAS, tetapi nasib anak buahnya, khususnya Husam. Jika beliau dipanggil tuhan sehari dua ini (masa dalam kiraan masa tuhan, mungkin beberapa bulan atau beberapa tahun lagi), apakah yang berlaku kepada Husam, exco ekonomi kelantan, sedangkan Husam dikatakan telah membantu menantu Nik Aziz untuk menjadi ketua eksekutif Perbadanan Iktisat Negeri Kelantan.

ii. Apa yang akan berlaku kepada Kelantan dan Menteri Besar jika Nik Aziz dijemput tuhan ke alam satu lagi? Jawatan Menteri Besar lazimnya ditentukan oleh Presiden Parti, seperti berlaku kepada Khalid Ibrahim yang ditunjukkan oleh Anwar. Oleh sebab Presiden Pas tidak berpihak kepada Husam, sedangkan Nik Aziz mahukan Huzam mengantikan tempatnya, maka kumpulan Hadi perlu disingkirkan.

iii. Kemarahan (bahasa lebih kasarnya: dendam) akibat kekalahan Husam sebagai Timbalan ditangan Nasharudin, sedangkan Nik Aziz menyatakan sokongan secara terbuka kepada Husam sebagai Timbalan Presiden. Kumpulan Husam termasuklah penulis blog, blogtokguru.blogspot.com yang dikatakan ditulis oleh Annual Bakri Harun, setiausaha politik Nik Aziz.

iv. Anwar memberi sokongan kepada kumpulan Husam (yang dalam istilah akhbar dikatakan kumpulan 'Erdogan') dan dikatakan juga turut mengalirkan sen untuk biaya pilihan raya Kelantan. Langkah untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tentunya menjadi musuh kepada pakatan rakyat, yang diketuai Anwar.

v. Anwar dikatakan boleh meyakinkan Nik Aziz mengenai kes liwatnya. Beliau dipercayai berjaya meyakinkan Husam (tentunya melalui bekas setiausaha agungnya, Kamaruddin jaafar) sedangkan Anwar tidak boleh atau tidak mampu meyakinkan Hadi serta kumpulannya dalam kes liwat. Ketika Saiful Bukhari mula-mula menyatakan mahu bersumpah dengan nama Allah dalam satu upacara, Nik Aziz pada kenyataan awalnya turut menyokong tetapi setelah ada pembisik ke telinganya menyebabkan beliau mengubah kembali kenyataan. Apakah ada cara lain selain sumpah jika mekanisma kehakiman dunia boleh dipermainkan atas sebab teknikal? Hadi kelihatan faham, dan mungkin telah mendapat satu dua tips yang tidak diperolehi oleh orang lain.

5 comments:

ibnuazzam said...

tertarik dengan komen yg di buat oleh Dr MUstafa Ishak yg komen mengenai isu antara dua tok guru ini di dalam utusan hari ini..antara ulasannya " Haji Hadi cuba mewujudkan pesefahaman org melayu melalui UG"..pada pandangan saya kenyataan ustaz nik aziz lebih kepada dendam kpd UMNO bukan kerana krn stiap keyataan beliau berlaraskan perasaan tidak puas hati terhadap UMNO.Apakah dosa UMNO sedangkan nabi n Tuhan maafkan hamban umatnya..
mungkin perbalahan ni di canang oleh org2 MCKK yg kelihatan beria2 untuk jd PM.

Anonymous said...

nampak seperti personal interest mengatasi segalanya...solidariti parti, Islam sebagai agama dan lebih malang, ada yang memikirkan 'perut' mengatasi perjuangan. Banyak organisasi atau parti politik rosak kerana ini.

Hadi Kedah

Anonymous said...

Nik Aziz ni perasan suci.

Ko demo pikir lagu mano?

Anonymous said...

antara sifat yang sering dikaitkan dengan orang yang telah berumur atau tua ialah nyanyuk.

dan petanda atau alamat kepada gejala nyanyuk ialah :

cakap merapu
cakap tak serupa bikin
mudah marah2
mudah merajuk
kawan tiba2 dikata musuh
meracau tak kira tempat

anon (jangan perasan) said...

Nyanyuk tak jadi hal. Boleh dimaafkan kerana umur sudah terlanjur.

Tapi kalau perasan suci, ini perlu dirujuk kepada pihak yang sepatutnya dirujuk. Pakar psikologi misalnya.