Tuesday, September 8, 2009

UMNO ATAU PAS YANG PERLU BERUBAH IDEOLOGI

DENGAN andaian tidak ada yang insan-nul-kamil, maka sesiapa dahulu yang mengambil langkah ini dikira lebih mulia hati nuraninya.

PAS mengambil Islam sebagai ideologinya tetapi apakah Islam lebih penting dari ideologi atau ideologi lebih penting daripada Islam? Kenyataan yang kerap kali kedengaran seperti `Undi Pas masuk Syurga' atau mengundi UMNO menyalakan kayu api di neraka, merupakan kenyataan yang seperti meletakkan ideologi atau perjuangan melebihi kepada agama. Banyak juga yang dihalalkan walaupun sebelum ini diharamkan seperti berkawan dengan parti yang tokoh pemimpinnya pernah dan akan terus menyatakan 'langkah mayat aku jika mahu tubuhkan negara Islam'.

UMNO juga dibeliti imej buruk sebagai mereka yang hanya tahu mengkayakan diri dan keluarga, berbanding dengan perjuangan. Malah, kumpulan yang dianggap lebih bijak, berstrategis dalam perjuangan, tidak dimudahkan laluan untuk memimpin, sebaliknya disukarkan lagi. Ini menyebabkan sedikit sukar mencari pemimpin yang berjiwa luhur untuk membantu kabilah Melayu. Yang banyak kedengaran dalam setiap kali perhimpunan beberapa ayat berupa mock psikologi - memberi semangat dan semangat, tetapi pelaksanaan berlaku sebaliknya dalam realiti.

Perubahan di peringkat ahli akar umbi secara bottom-up lebih afdhal sebagai prasyarat berlaku perubahan di peringkat 'top-down'.

Setiap orang Melayu bertanggungjawab memastikan keupayaan Melayu dan Islam di negara ini terus kukuh, dan umat Islam bukan sahaja kuat agama secara perlambangan tetapi juga kuat dari segi individu umat Islam. Kuatnya individu akan kuat lagi ummah.

4 comments:

ibnuazzam said...

Pada bulan ramadhan dan tidak lama lagi kita akan memasuki bulan syawal..dlm meralisasikan fahaman politik Pas dan Umno sepatutnya duduk semeja berbincang dalam bulan yg baik niee mengenai masyarakt Melayu yg semakin mundur dlm pelbagai aspek..Jika Datok Tok Guru, DSAI, Pemimpim Umno khusunya Tun Mahathir bergabung idea myb orang Melayu akan lebih hebat dari Yahudi. tetapi kita masih alpa dengan sentimen politik menyebabkan bangsa kita mengemis di bumi sendiri. Jika bangsa itu lemah maka di lihat agama pun akan lemah...

Anonymous said...

sangat setuju.


Nur Hidayah
Alor Star

najibaltantuyaforever said...

najib perlu bertaubat..mahathir tinggalakan idea sekularisme..pak lah kembali mencari hambali n maliki,bukan jane..tg nik aziz memaafkan umno..abdul hadi kembali buka kitab lama..anwar tinggalkan sodomy..insyaALLAH melayu ke landasan betul..nordin?tggl kan uum..sambung pengajian..mgkin itu lbih baik dari terus menghuru hara kan utara...

ibnuazzam said...

wowowowo...hebat ulasan najibaltantuyaforever seolah2 leh menghukum myb telah d tugaskan oleh Pencipta untuk menghukum org..kita jgn menghukum tp dakwah cara ilmiah baru org ikut...