Thursday, April 3, 2008

SESUNGUT KEMBALI AKTIF

APABILA kacau bilau politik 1998/99, sesungut juga sama seperti orang lain. Mencari-cari jawapan. Mendengar semua pendapat. Menghalusi pendirian yang mahu diambil. Mencari stand.

Sebaik sahaja mengambil stand, tidak lagi meratap tangis, tidak lagi terikut dengan suara majoriti. Kebenaran tidak semesti memihak kepada majoriti. Golongan majoriti umpama kelkatu, dimana cahaya, mereka akan berkerumum, walaupun yang dituju itu bukan kebenaran. Bukan cahaya sebenar. Majoriti cenderung bergerak berdasarkan emosi.

Semua orang menyalahkan Perdana Menteri ketika itu. Perdana Menteri dipandang hodoh oleh masyarakat. Hampir majoriti tidak dapat menerima. Majoriti tidak mendapat maklumat. Atau, majoriti tidak berpuas hati dengan maklumat.

Ketika itu sesungut turut berada dalam dunia kewartawanan. Wartawan juga begitu. Mereka juga sebahagian majoriti. Mereka juga terikut-ikut dengan majoriti, membenci Perdana Menteri.

Dalam `bulan terkejut' itu sesungut juga bersama-sama dengan mereka. Juga terkejut. Walaupun indikasi awal itu sudah hampir ada beberapa bulan sebelum kejadian pemecatan, namun semua terkejut. Tahun 1999 merupakan sejarah baru dalam lanskap politik Malaysia, sebelum memasuki alaf ke-21.

Maka, ketika sedang pekena teh tarik selepas waktu bekerja atau dalam waktu bekerja, sesungut pertahankan negara. Dan, waktu itu menjawab segala-gala tohmahan kepada Perdana Menteri, biarpun keseorangan. Mungkin rakan-rakan wartawan lain melihat dalam satu sudut, tetapi sesungut juga mengesan sudut-sudut lain, khususnya dari segi kesihatan negara.

Semalam, seorang rakan seperti biasa, akan sms atau call menyatakan masalah politik semasa. Dan, turut menyatakan kebencian kepada Perdana Menteri. Mahu menggantikan Perdana Menteri. Tiba-tiba dia terkejut, sesungut menjawab akan memberikan sokongan, bantuan dan apa cara sumbangan yang boleh diberikan untuk Perdana Menteri.

"Apa sebab tiba-tiba berubah?" tanyanya.

Sesungut jawab, kita tidak boleh selama-lamanya meratap hiba. Kita pernah menjadi operator negara. Sebagai operator, kita bekerja. Dalam bekerja, ada program yang berjaya dan kita meraikan kejayaan, dan ada ketikanya kita gagal, maka kita cari jalan penyelesaian. Tugas operator bekerja dan memperhalus pekerjaan supaya mencapai misi.

Meratap hiba tidak membawa ke mana-mana!

Meruntuhkan institusi sedia ada juga memberi implikasi yang belum tentu lebih baik, maka sesungut mengambil pendirian untuk terus mempertahankan institusi sedia ada.

Seperti kata guru sesungut, Frederich Perls: the past is no more, the future is not yet, we just have here and now.

6 comments:

Anonymous said...

saya masih ingat tahun 1998. Masa tu saya tengah menganggur berbekalkan saki baki duit yang dikumpulkan sepanjang bekerja di Sarawak.

Menganggur dan bingung memikirkan politik negara yang berkecamuk. dengan pertolongan seorang teman, beliau telah memberikan lorong untuk saya memilih satu haluan.

Semua teman-teman serumah memilih lorong lain. eminjam kata sesungut, memilih lorong majoriti, sedangkan saya bersama-sama teman ini memilih lorong yang 'asing' dan sunyi. Terus terang terang, lorong mahathir.

di lorong ini lah 'kami' berjuang, mencari maklumat dan membaca, berdebat dan selalu kalah sebab isi perdebata kelihatan tak tercapai dek lawan.

Terasa juga sedikit kehampaan apabila mahathir yang dipuja dulu kini mengetuai lorong majoriti..

Tapi, seperti kata sesungut, satu pendirian mesti dibuat.. sekali lagi jalan sunyi dan asing nampaknya. jika lorong mahthir pernah berjaya,l orong ini hampir-hampir kepastian..

khasanah77 said...

sukar nak faham sebab tak nampak dunia politik masa 1998/1999. masa tuh masih di bangku sekolah rendah/awal sekolah menengah... jadi politik bukanlah isu prior dalam kehidupan.

tapi, setuju dengan sesungut bila mana kita harus ada satu stand.. tapi stand haruslah mengikut situasi semasa dan persekitaran yang terkini. kerana pada penulis, manusia berubah dan selalu berubah...

Anonymous said...

SINDROM NO.1

BANYAK golongan mamak, termasuk Dr Mahathir tidak boleh menjadi orang no2 atau no.3.

Mereka rata-rata (Bukan semua)menghidap penyakit mahukan semua kata-katanya bagaikan mukjizat - orang mesti ikut. Jika tak ikut, padah akibatnya.

Tunku Abdul Rahman melepaskan jawatannya, kerana salah satu sebabnya hura-hara dalam negara dan dikritik hebat oleh seorang manusia bernama Mahathir.

Perdana Menteri kedua tidak sempat dikritik dan melepaskan jawatan oleh Mahathir, kerana beliau meninggal dunia ketika dalam tugas (Tun Razak meninggal ketika di London)

Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn melepaskan jawatan kerana orang yang sama: Mahathir Mohamad, kerana dikatakan lembik, seperti Hishamuddin. Dan untuk mengelak rasa berdosa kepada Tun Husseion, maka dia mengambil Hishamuddin.

Sekarang ini, giliran Pak Lah. Beliau mahukan Pak Lah juga berundur, seperti yang beliau lakukan kepada Tunku dan Hussein Onn.

Mahathirlah mastermind kepada kekalahan BN kerana beliau fikir tidak ada cara lain menjatuhkan Pak Lah melainkan memalukan atau menghuruharakan negara, demi orang seperti Mahathir Mamak.


Ghani Salleh
Alor Star

Anonymous said...

seronok juga baca ghani kutuk mahadir. Ia mengingatkan sayakpd dinsman. Ingat dulu sajak beliau- sajak panjang untuk mahathir sebelum berputar 360 darjah menjadi ikon mahazalim, seperti lutfi uthman adiknya.

mungkin dalam pengetahuan cuma akan kita temui ketekalan, dan bukan dalam personaliti manussia..

Anonymous said...

Pandangan sesungut ada kebenarannya... Pada pandangan penulis pun hampir sama, representasi rakyat telah dipilih dan seharusnya ia tidak harus menganggu gugat kelancaran pembangunan administrasi negara.

Perlu diingat, administrasi negara dan politik dua dunia yg cukup berbeda. Mungkin politik dan administrasi di Malaysia seakan sama. Tetapi dititik akhirnya ia perlu dibedakan kerana reprentasi hanya berasaskan nafsu serakah politik semata-mata. Dan administrasi itu mengangguk tanda YA pada kuasa eksekutif yg mungkin pun telah berubah kuasa politiknya... INSAN sensitif

khasanah77 said...

terasa indah..

femininnya...