Tuesday, September 18, 2007

Antara Syariat, Hakikat dan Atheis

SEBOLEH mungkin aku mengharamkan diriku untuk menulis sesuatu yang ada nada agama atau feqah. Bukan tidak berminat. Aku tidak mahu ianya menjadi kontroversi, yang kesudahannya dalam masyarakat berfikiran primitif seperti masyarakat Melayu, akan mengecop aku sebagai seorang 'terpesong akidah'.

Mukadimah ini membawa kepada satu pengalaman. Kebetulan minggu awal puasa ini, biologi tubuh aku berbeza. Psikologi diri juga turut berubah. Tidur mudah terganggu. Perasaan juga mudah cepat marah. Rasional juga mudah teruji. Lalu, seorang rakan serumahku meminjam sebuah novel klasik, Atheis tajuknya. Karya Achdiat K Mihardja. Novel ini khabarnya pernah menjadi teks wajib pelajar mengambil STPM. Oleh sebab aku mengikuti aliran Matrikulasi Sains Fizik, tidak pernah aku bertemu dengan novel sebegini dan bukanlah peminat tegar novel. Budak sains, dimomokkan, bukan seorang yang meminati sastera. Walhal, aku sendiri tidak pernah mensekularkan antara sains dan sastera, seperti juga tidak mensekularkan agama dan politik dan sains. Seperti pernah ditulis Paul Goodman dalam karyanya Growing Up Ubsurd, selagi sesuatu menyentuh isu 'human nature' maka pemisahan antara sains, antropologi, sosiologi, politik atau ekonomi tidak ada pemisahan. Ini kerana selagi manusia ingin mengetahui manusia dan kemanusiaan, maka segala antenanya boleh digerakkan ke arah itu.
Berbalik kepada novel, Atheis, protaganisnya ialah Hasan (ini setakat halaman 24 aku membacanya. Jika tersalah akanku membaikinya kemudian). Ianya novel dalam sebuah novel. Maksudnya, cerita awalnya Hasan memberikan karyanya untuk dibaca kekasihnya, Kartini. Hasan ialah seorang `pencari'. Pencari naif terhadap kebenaran. Beliau bukanlah ahli fikir atau penyelidik radikal (hal.6) yang mempu melihat secara akar umbi dengan bukti saintifik terhadap kebenaran dan kepercayaan di depan matanya. Kepercayaan agamanya begitu tradisionalis, pengikut totok kepada kebanaran warisan. Maksudnya, ibu bapa mempengaruhi kuat terhadap kepercayaan dan menyuntik (indoktrinasi) agama. Beliau diperkenalkan dengan tarikat (aliran Sheikh Abdul kadir Jailani) (Hal.20). Memang mudah sahaja aku mengidentifikasikan dengan diri sendiri, kerana Sheikh Abdul kadir memang terkenal dalam alam Melayu termasuk berlambak-lambak bukunya di kedai-kedai penjual buku agama.

Sesiapa yang terlalu berasa boring dengan hanya syariat, seperti juga diri aku, mudah sahaja untuk bergerak ke satu lagi wilayah, iaitu tarikat untuk mengetahui dan mengalami makrifat dan hakikat. Malah, dalam buku Ateis itu (hal. 11) dianalogikan dengan begitu menarik sekali, perbezaan di antara syariat, tarikat dan makrifat. Syariat itu diibaratkan sebagai kapal, manakala tenaga dan pedoman untuk mendayung kapal dan menyelam ke dasar untuk mengambil mutiara (makrifat dan hakikat) adalah tarikat. Hasan begitu kagum dan terus mengamalkan tarikat, melalui guru dan merasai terapung-apung dalam ketinggian, sehingga terasa olehnya `kerendahan' pengamal syariat totok.

Aku sendiri mendapat kesan yang menarik. Aku rasa rakan-rakan yang pernah membacanya juga mengalami perasaan yang mungkin sama, kerana kita barangkali sama-sama dibesarkan seperti Hasan, pernah ditakut-takutkan betapa neraka itu ada air yang mendidik, dan api menjulang bersedia membakar pendosa-pendosa.
Agaknya, malam ini sehingga bersahur, aku akan terus membaca novel ini sehingga kepenyudahnya.

Sudilah kiranya rakan-rakan yang membaca novel ini berkongsi pandangan dan pengalaman.

37 comments:

Anonymous said...

Belum terasa nak mengomen..cuma pada kenyataan.. 'Jika tersalah akanku membaikinya kemudian. Ianya novel dalam sebuah novel. Maksudnya, cerita awalnya Hasan memberikan karyanya untuk dibaca kekasihnya, Kartini' .

Sefaham saya, naskah asal cerita ini diberikan Hasan kepada pengarang (tak pernah diberitahu pun namanya-cuma wataknya sebagai 'saya' sampai penamat cerita. Selaku bentuknya sebagai cerita berbingkai (cerita dalam cerita atau mengikut penulis blog novel dalam novel), 'saya' atau pengarang itu sendiri yang menulis permulaan dan pengakhir cerita Hasan.

Anonymous said...

Novel Atheis ini memang pernah menjadi teks kajian sastera sekitar tahun 70an. Sekalipun tidak pernah menyelidikinya secara rasmi, hal ini saya dapati dari beberapa pengalaman sendiri.

Misalnya saya telah meminjam naskah ini dari seorang teman pensyarah di fakulti yang sama dengan saya. Sewaktu sedang membawanya turun dari bilik untuk ke kereta, seorang pensyarah veteran menegur saya.

'Hai, novel Atheis nampak.' Maka bermulalah penerangan beliau yang panjang lebar mengenai novel tersebut. Petang yang sama, saya meletakkan novel itu di dalam kereta, di seat sebelah kiri. Seorang kawan golfer, pesara MAS menegur saya- Din, kau baca novel tu. Dulu kami mengkajinya-menarik. Melihat kepada umurnya, ternyata novel itu menjadi bahan kajian mereka.

Pada pandangan saya, Hasan, watak utama novel itu todak pernah menjadi atheis-tidak pernah secara total tidak percayakan Tuhan. Dengan pengalaman batin yang dihadapinya bertubi-tubi, dia sentiasa mengingati Tuhan. Kecuali dalam beberapa catatan, beliau menunjukkan satu sikap waham-was-was mengenai kepercayaannya tapi tidak dibuat kesimpulan bahawa beliau telah menjadi atheis sepenuhnya.

Terlepas dari persoalan di atas, beberapa persoalan lain yang juga penting boleh ditimbulkan melalui novel ini;

a-Dengan menghidangkan kepada pelajar tingkatan pada masa itu sebuah novel pemikiran yang sarat ideologi semacam Atheis, nampaknya tidak banyak kesan ke atas pemikiran agama orang Malaysia. Tidak ada perubahan ketara samada dari sudut perbincangan mahupun tindakan. Tidak dapat saya kesan perbincangan yang mendalam sejak dulu sampai sekarang berkaitan topik penting-agama.

b-Melalui perbincangan dengan rakan-rakan yang saya temui, mereka mengakui ada kesan seperti Hasan-khususnya bagi rakan-rakan yang merasai pengalaman percubaan agama. Mereka yang belajar di luar negara, mereka yang pernah melalui zaman perdebatan hangat sekitar 60an hingga akhir 70an secara khusus merasai pengalaman yang hampir dengan Hassan. Malah, pengalaman pengajaran agama seperti yang dilalui Hasan diamalkan sampai kini. Tidak ada yang membincangkannya.

Zainudin

Anonymous said...

perkara berkaitan sangat menarik. tp Tuhan yg dicari manalah boleh jumpa. Bukan dalam buku2 or tulisan2 or apa2. so sila fikirkan apa perlu jadi PENCARI. Tuhan dah WUJUD cuma tak nyata oleh manusiawi.

che nik said...

Siapa yang percaya ada kebenaran hakiki (spritual barangkali) untuk hidupnya dalam dunia ini boleh saja jadi PENCARI (pinjam huruf besar anon di atas). Mungkin sebab belum jumpa kebenaran tadi lalu dirinya terus mencari.
Hanya orang percaya alam spritual yang tahu pengalaman spritualnya atau hanya orang yang percayakan pengalaman spritual yang tahu alam spritualnya.
Gue hormat saja!

Anonymous said...

sebagai PENCARI dlm beriman kepada Allah?

Tuhan wujud mutlak!

Renungkan maksud itu. Beriman WAJIB 100% yg diperintahkan?

ustaz ali

che nik said...

Jika sudah benar-benar beriman tidak timbul cerita. Golongan ini sebahagiannya mungkin wujud. Mungkin sajalah sebab gue tidak tahu beriman tidak beriman mereka itu. Alam spritual mereka, mereka yang tahu. Alam spritual ustaz hanya ustaz yang tahu bila benar ustaz berspritual. Ini pun valid hanya jika istilah spritual dipersetuju dikomunikasi.
Ada pula sebahagian lagi yang ragu-ragu. Tidak semestinya mencari dalam buku khutbah atau karya novel. Mungkin pencariannya lewat pengalaman ditempuh sehari-hari. Mungkin melalui ritual-ritual agama yang bagai.
Tuhan wujud mutlak? Ini terpakai pada sebahagian orang saja. Yang ragu-ragu belum tentu.

che nik said...

Mahu tambah. Ada pula percaya kebenaran yang ada pada dirinya sekarang itulah tuhannya. Dia tempuh hidup bertolak dari situ. Dia bukan pencari. Dia seorang yang sentiasa membuka pada kebenaran seterusnya untuk menjadi tuhannya. Dia juga tidak khayal. Apa lagi khayal cinta alias marijuana yang bersepah-sepah di depannya.

Anonymous said...

Tuhan dengan ketuhanan..
Malaikat dengan kemalaikatan...
Manusia dengan kemanusiaan....
dan setrusnya..

Allah ajarkan tanggungjawab diri sendiri. Tak menangung dosa2 org lain. manusia hanya setakat habluminanas sahaja. the truth is always healing. the painful are illussion.

bagaimana?

terbaik utk dibincang dgn keluasan semsta yg dimampui sahaja.

ustaz ali

sesungutpatah said...

Wow...ustaz dah membawa ke alam yang belum pernah saya masuki. Tuhan dengan alam ketuhanan, manusia dengan alam kemanusiaan....; tapi kata-kata itu juga kabur buat saya. Saya tak faham. Mungkin ilmu makrifat saya rendah.

Saya berminat jika ada sesiapa yang ingin menjelaskan, agar saya tak buta `agama tinggi'. Seorang rakan saya yang membuat Ph.D dalam pemikiran Ibnu Arabi, tetaopi apabila minta dia perjelas secara mudah, nampak diatu tak mampu. Jika inilah keadaannya, apakah kita mungkin boleh faham atau tidak mungki9n selama-lamanya.


Sesungtut patah

Anonymous said...

mengaitkan Tuhan dalam diskusi or apa2 akan pasti RELATIF=kabur.

anda telah terfikir?

jika dikaitkan dgn Tuhan ke atas apa2pun tidak releven.

sila koreksi saya jika ada sesiapa yg telah DAPAT jelas via sumber apapun.

intelektualisasi dgn fitting-game ajer.

ustaz ali

Anonymous said...

note: jangan dilayan pendapat saya di atas JIKA melanggar fahaman akidah sesiapa yg membaca.

ustaz ali

che nik said...

Dalam sehari lima waktu ritual khas satu lawan satu komunikasi berlaku antara si muslim dengan tuhan. Berdiri, tunduk, sujud, dan duduk. Adakah tuhan tidak relevan dikaitkan pada kes ini walhal si muslim tadi melakukan komunikasi dengan siapa lagi kalau bukan dengan tuhannya. Umum dalam bentuk sehala sebab tuhan tidak secara langsung menjawab apa-apa doa dalam ritual khas tadi. Namun tuhan ada sangkut paut dalam sembahyang ini kerana tuhan mewakili pihak yang disembah, pihak yang dimohon limpah kurnia. Gue tidak jumpa di mana (mana ya?) kata-kata tuhan tidak relevan boleh diselit dalam hal ini.
Intelektualisasi bersamaan dengan fitting game itu tidak mengapa. Yang existentialnya ialah bahagian intelektual pada seseorang itu adakah bersangkut paut dengan langkah hidupnya sehari-hari. Jika ya, penyataan intelektualisasi = fitting game akan hanya tinggal penyataan tidak lebih tidak kurang sekadar penyataan. Jika jawapannya tidak, seseorang itu hanya mengalami, memperoleh kepuasan mental saja.
Mungkin anda hanya di sempadan ini saja (memuaskan mental), seperti mana anda bermain tiga rangkap tuhan, malaikat dan manusia. Gue tidak tahu.

Anonymous said...

saya beriman Tuhan sempurna mutlak. Penfsiran yg dikaitkan dgn Tuhan pasti tidak releven.

Apakah bahasa manusiawi MAMPU mejelaskan kesempurnaan Tuhan?

beribadah or solat hanya HARAPAN agar diterima oleh-Nya.

sila tinggalkan pendapat saya jika melanggar fahaman tauhid sesiapa.

ustaz ali

Anonymous said...

doa dari saya "Ya Allah sesiapa yang mahu percaya....."

sila sesiapa yg ada kesudian....

ustaz ali

Anonymous said...

Saya seronok sekali membaca perbincangan antara ustaz ali dengan che nik. Saya masih kurang jelas penerangan yang diberikan ustaz ali, nampaknya beliau bermain dengan kata-kata ala sufi. Sedangkan jika direnung dan dibaca teks-teks sufi, memang boleh difaham kias ibarat yang digunakan.

Sajak-sajak pencarian tuhan yang banyak-meskipun saya tidak mengingat kebyakan darinya cukup menyentuh-sekalipun tidak juga menjelaskan akan 'sebuah penemuan' terhadap konsep Tuhan.

Sekadabeberapa potong yang saya ingat-mungkin akan dianggap romantisme tuhan oleh kawan-kwan- misalnya sajak chairil yang terkenal (bait-baitnya); Tuhanku, dalam termangu, kusebut namaMu, biar resah sungguh..mengenangMu penuh seluruh..menggambarkan harapan akan pertemuan yang indah dengan Tuhan.

Dalam pengertian Hamzah Fansuri melalui syair Perahu, disebutkan bahawa penyair mencari Tuhannya hingga ke Kaabah, namun Tuhan ditemuinya di dalam rumah. Mungkin Hamzah telah menemui Tuhan dalam pengertiannya sebagai seorang individu.

Kebenaran agama dan pengertian pencarian Tuhan di sini dari perspektif pengarang ini berbentuk individu, bukan boleh dikongsikan dengan sesiapa.
Sebab itu dalam sebuah tulisan, dinyatakan bahawa Tuhan yang ditemui seseorang adalah Tuhan yang dipersepsikan, bukannya Tuhan yang "sebenar" sebab tiada siapa yang tahu bagaimana Tuhan yang sebenar itu.

Tuhan pun dalam menyederhanakan usaha pencarian para pencariNya menyatakan dalam sebuah Hadis Qudsi yang maksudnya-Aku adalah seperti yang disangka pemujaku. Mungkinkah Tuhan yang kita semua persepsikan ini ialah Tuahn yang sebenarnya?

Baharom

H. Fansuri said...

Salam...

Kata Sesungut Patah - "... Seorang rakan saya yang membuat Ph.D dalam pemikiran Ibnu Arabi, tapi apabila minta dia perjelas secara mudah, nampak dia tak mampu. Jika inilah keadaannya, apakah kita mungkin boleh faham atau tidak mungki9n selama-lamanya.

Soalan: - Boleh saya kenal rakan tuan yang buat PhD dalam pemikiran Ibnu 'Arabi itu?

sila emel ke ibnuamir@yahoo.com

http://karyafansuri.blogspot.com

Anonymous said...

Saya menjanjikan respon saya kepada seorang rakan pada malam semalam. Disebabkan tertidur awal, maka respon itu baru dapat ditulis pagi ini;

Sebagai latarnya respon tersebut berkait dengan tulisan dalam blog sesungut patah: novel atheis, yang saya panjangkan dalam tulisan di sebuah laman web (tematajdid.com.



Berikut itu, rakan itu menulis begini;
'novel atheis pujaanmu itu satu fiksyen rakaman sejarah sama dengan Salina (sebuah novel Samad Said). Bezanya Atheis bermain dengan keraguan tentang Tuhan. Keraguan ini tidak luarbiasa malah sudah klise hari ini bila dihubung dengan komunisme. Naratifnya boleh tahan, yang ketara atheis bukan novel merentas zaman, tidak cukup subtle, jauh sekali akan abadi....(komentar peribadi)..(disaran supaya saya mengkritik novel yang lebih tinggi-catatan saya)..mudahnya membicara novel yang sudah melepasi kayu ukur atau sudah menang hadiah novel'.

Ini responnya;

1. 'novel atheis pujaanmu itu satu fiksyen rakaman sejarah sama dengan Salina (sebuah novel Samad Said)'-Setuju dengan komen tersebut. Kedua-dua novel ditulis dalam julat masa hampir sama-boleh dianggap klasik walaupun Atheis lebih awal. Menurut catatan pengarangnya novel ini mula ditulis dalam tahun 1949 dan Salina sekitar 60an (betulkan jika salah).

Perkataan 'pujaanmu' itu pun tidak tepat. Komen ini mengingatkan saya kepada komen lebih awal oleh rakan ini berkenaan minat saya terhadap Gunawan sebelum ini, yang boleh dibaca melalui arkib sesungutpatah. Saya tidak memuja novel ini mahupun pengarangnya, jauh sekali memuja Gunawan. Namun saya menyukai novel ini sebagaimana novel-novel lain yang pernah berjaya membuka otak saya terhadap sastera yang berfikir.

2. 'Bezanya Atheis bermain dengan keraguan tentang Tuhan. Keraguan ini tidak luarbiasa malah sudah klise hari ini bila dihubung dengan komunisme.Naratifnya boleh tahan, yang ketara atheis bukan novel merentas zaman, tidak cukup subtle, jauh sekali akan abadi....'

Itulah yang memberikan perbezaan Atheis dengan Salina. Atheis tidak mungkin dikelompokkan dengan Salina-mungkin berkebetulan dari konteks sejarah sepertimana kata teman itu saja.Itu pun tidak tepat benar. Kebetulan saya baru menghabiskan novel 'Salah Asuhan' oleh Abd Moeis-juga novel awal Indonesia. Novel ini lebih tepat nak dibandingkan-dan seperti Salina ia membawa pemikiran yang berat-identiti seorang anak muda Minang moden yang dilatih dalam Belanda lalu ia ingin menjadi sepenuhnya Belanda. Diceritakan melalui watak Hanafi dan Corrie, seorang Eropah yang diakhiri dengan kisah bunuh dirinya Hanafi.

Namun, seperti Salina, pemikiran yang sarat ini tidak digarap elok menyebabkan pembaca akan mengingat jalan ceritanya yang romantik dan meleleh bukan tema besar gejala pemodenan dan pembaratan itu.

Sekali lagi,yang menjadikan Atheis lebih besar dari Salina ialah temanya. Ateis vs Teis berlaku dalam semua agama. Salina hanya bercerita melulu.Sesiapa yang pernah menghabiskan novel tebal ini akan tahu bahawa Salina terlalu mementingkan cerita (naratif) berbanding hendak mengetengahkan pemikiran novel.

Atheis berbicara soal kepercayaan tiga individu-Hasan dengan teis dan ateis- Anuar dengan individu-ateis-anarkisnya dan Rusli dengan Atheis-komunisnya. Manakala watak teis sempurna diwakili ibubapa Hasan. Ketiga-tiga tema utama ini bertempur dalam novel ini-walaupun tidak sempurna benar tapi kita tahu garis besar pemikirannya.

Salina berbicara soal kemiskinan dan moral di kampung Kambing (kampung ini tidak diketahui nama sebenarnya, lalu dibubuh kampung kambing kerana rumah penduduknya berasal dari kandang-kandang kambing). Kemiskinan membawa kepada pelacuran-tetapi kupasannya tidak mendalam, tidak ada perdebatan di dalamnya berkenaan moral. Kita tahu Salina seorang pelacur yang ada pemikiran-tetapi tidak didalami pemikiran macam apa. Salina terlalu mementingkan sudut cerita-ini menggambarkan kurang upaya pengarangnya melihat dan mendalami falsafah yang ingin dibawa melali novel. Jika nak dipanjangkan lagi, inijuga kelemahan ketara ranjau sepanjang jalan, atau novel-novel azizi dll.


Naratif Atheis tidak lah terlalu baik. Tetapi, sekali lagi kekuatannya terletak pada temanya. Malah banyak unsur novel klasik seperti kebetulan, dan mematikan watak sebagai jalan mudah menyudahkan sebuah cerita. Sama halnya dengan watak Hanafi yang bunuh diri dalam Salah Asuhan.Satu lagi kelemahan dalam Atheis, dan banyak novel klasik lain ialah pengarang terlalu banyak bercerita, bukannya wataknya.Pengarang jadi pengkhutbah kepada pembaca. Contoh lebih baik,lihat novel2 Hamka.

Adakah novel ini akan abadi-jawapannya ya- ia akan semakin besar-dan penjelasannya mencukupi sebagai pengantar mudah kepada orang yang ingin memahami soal atheisme dan komunis.Ini persoalan sejagat kepada saya.

Ianya saya nilai sebesar kuartet Buru oleh Pram yang semakin hari semakin dikaji oleh orang yang ingin memahami nasionalis di Indonesia, yang jadi sebahagian dari nasionalisme sejagat.

3.Komen kawan saya lagi-'mudahnya membicara novel yang sudah melepasi kayu ukur atau sudah menang hadiah novel'.

Saya akui ketidakupayaan untuk menghazam novel-novel besar dunia dalam bahasa asalnya atau BI, namun saya membaca novel pemenang hadia ini-misalnya 'Lorong Midaq' oleh Naguib Mahfouz. Sepertimana Atheis,novel yang kelihatannya mudah, hanya berbincang peristiwa yang terjadi sehari-sehari di sebuah lorong perumahan kecil ini nampaknya tidak sebuah cerita kecil. Ia membawa persoalan pemodenan di Mesir yang berlawan dengan cara berfikir orang-orang di kawasan itu dengan jelas sekali.

Novel 'Bila Bulan Selalu Retak', sebuah novel terjemahan oleh Somerset Maugham (mungkin saya lupa tajuknya)juga pada pandangan saya membawa persoalan sikap hidup seorang yang dikatakan meletakkan individu, keinginan dan perasaannya yang diutamakan berbanding dengan semua hal lain- juga menjadi novel yang sudah melepasi kayu ukur.

Sekarang saya sedang membaca terjemahan novel Dr Zhivago oleh Boris Pasternak-pemenang nobel- kali ini saya akan perhatikan perbezaan antara novel besar dengan novel biasa kita.

Akhirnya, sebagai catatan kepada kawan saya itu-pada pengenalan di tematajdid saya nyatakan saya peminat novel Nusantara-yang merangkumi novel Indonesia dan Malaysia. Saya belum berani menjadi komentator novel dunia.

Zainudin

Anonymous said...

saya tidak bermain kekata sufi or apa2pun. saya hanya beri pendapat fahaman saya sekedar berkongsi.

jika sesiapa mengamati saya bermain kekata ala sufism saya menghormati wilayah pemikiran dan perasaan dia.

sla tinggalkan pendapat sayaika melanggar akidah sesiapa.

ustaz ali

Anonymous said...

We have sent it down as an Arabic Qur'an, in order that ye may learn wisdom.

konvesionalism, konservatism, sekolah kondisi dan non-kondisi. jika dikaitkan dengan bahasa inggeris di atas?

mari terbuka diskusi dgn kesudian...

ustaz ali

che nik said...

Sudah baca respon anda di bawah respon gue. Semacam mengisytihar diri diri anda sendiri, jadi tidak ada komen di sini. Angguk dan hormat tulen daripada gue.

Berkenaan bahasa manusiawi mampu tidak mampu menjelas kesempurnaan Tuhan, jika gue orang beragama gue akan bersama seperti apa yang anda maksudkan.

Anonymous said...

ustaz ali memang perlu dihormati pendiriannya sekalipun beliau setiap masa berpesan kepada kita soal 'takut2 terpesong akidah'.

Saya tak ada masalah untuk berbincang, memang hobi saya pun, termasuklah perbincangan akidah, tahsauf dan sebagainya.

Tapi sejujurnya, maafkan saya, saya tidak dapat menangkap makna kata-kata ustaz ali.

Masakan bisa dengan otak saya yang kecil ingin menafsir kata-katanya yang pendek2. Mungkin ustaz boleh mulakan dengan sebaris kata pendek lalu diikuti dengan huraiannya yang lebih panjang.

Saya pasti ustaz mempunyai pengertian yang dalam dengan kata-katanya yang akan memberi manfaat pada kita semua.

Kepada che nik saya tidak pasti apa kepercayaannya..samada eksistensialis, atau kepercayaan bertuhan. Orang eksistensialis tak percayakan indoktrin, sebaliknya hal sedemikian bermula dahulu kepada pengikut agama.

Baharom

Anonymous said...

menurut saya masing2 alhamdulillah telah ada keyakinan dalam memberikan penerangan...

sesungutpatah(the broken atena) tak payah ada berminat utk mendapat penjelasan "agama tinggi" akan terjatuh juga.

ini andaian dari saya sahaja.

apa maksud "kesempurnaan Mutlak"?

sudi2lah kita berama berdiskusi dgn santai2.

ustaz ali

Anonymous said...

perhatian:

jika kita berdiskusi ttg "kesempurnaan Mutlak" akan lebih mengerunkan lagi. sbb kita tak sempurna Mutlak mendiskusi perkara berkaitan.

sesiapa yg telah beriman TEGUH 100% tanpa ada ruang dilanggari imannya, sila teruskan..

ustaz ali

sesungutpatah said...

Ustaz Ali membangkitkan mengenai kesempurnaan mutlak, tanpa beliau sendiri menghuraikan terlebih dahulu maksudnya, menyebabkan sukar untuk saya untuk memahaminya, walaupun saya memang berminat dalam memahaminya. Apakah yang dimaksudkannya iaitu ultimate being that encompasses every being? Saya pernah terbaca satu huraian mengenai bagaimana usaha mencari tuhan dalam sejarah manusia. Penerangan yang diceritakan itu begini: Sebelum nabi Ibrahim iaitu sejarah dikatakan bermula sejak nabi Nuh, manusia mencari tuhan melalui pengamatan kepada alam - melihat matahari, siang, malam dan planet, bintang-bintang. Ini dinamakan millah Sabiah (dalam istilah al-Quran). Nabi Ibrahim menciptakan satu lagi tradisi baru iaitu memahami tuhan melalui tajali kepada tuhan yang dicerminkan di dalam hati kita, yang terus terpancar daripada cahaya hadiratul qudus. Ini dinamakan millah hanifi (dalam istilah al-Quran). Ibnu AlArabi lebih mendekati kaedah pertama dan menciptakan satu fahaman dinamakan Wahdatul Wujud. Beberapa iman lain, memperkenalkan aliran wahdatul shuhud mengikut kaedah yang dicetuskan Ibrahim a.s. Kedua-dua kaedah itu tidak bercanggah apabila melihat kepada sudut perspektif - kerana tuhan bukan dua atau tiga.

Namun, walaupun saya boleh menyebut dan sedikit faham, tetapi masih belum ada penghayatan dari segi `zouk'. Mungkin tidak pernah memasuki dunia tarikat. Saya hanya berminta dan jika ustaz al boleh besama-sama berbincang, mungkn saya akan menjadi lebih faham.

Anonymous said...

sesungutpatah, anda tidak patah-riok petikan kekata org dari saya.

Penerangan anda saya gembira membacanya. to me, tak payah kaitkan yg dah berlalu, kerana kita tidak hidup di zaman itu. jika org suka menjadikan iktibar yg dahulu2, is ok. saya mahu bincng ttg kesempurnaan mutlak yg tak payah dibimbangkan....but as below dulu'



menurut saya masing2 alhamdulillah telah ada keyakinan dalam memberikan penerangan...

sesungutpatah(the broken atena) tak payah ada berminat utk mendapat penjelasan "agama tinggi" akan terjatuh juga.

ini andaian dari saya sahaja.

apa maksud "kesempurnaan Mutlak"?

sudi2lah kita berama berdiskusi dgn santai2.

ustaz ali

September 27, 2007 9:37 AM

Anonymous said...

Apakah yang dimaksudkannya iaitu ultimate being that encompasses every being?

to me. xyah dipuja puji, dikaitkan dll dalam ilmu manusiawi.

kita yg tak sempurna ada kualifikasi utk diskuss about tu?

nanti gerun!

ustaz ali

che nik said...

break kejap. mari layan CINTA.
CINTA?
ermm...
http://www.youtube.com/watch?v=6rdiHisyUyU

Anonymous said...

cinta adalah cinta. tak perlu dilayani.

ustaz ali

che nik said...

Itukan video klip lagu. Judulnya cinta. Perkataan layan itu perkataan trendy saja untuk dengar lagu di samping layan bab-bab lain itupun kalau mahu.

Anonymous said...

gambaran dari saya sahaja dgn andaian.

ustaz ali

Anonymous said...

berkaitan kesemua penjelasan di ruang ini, jika dikaitkankan dgn berkata/bercakap tak serupa bikin?

how?

ustaz ali

Anonymous said...

tawaran saya anda mahu/ingin bertemu tuhan?

Mantapkan posisi yg berbagai utk diri dulu!

Anda tidak akan dikecewakan dgn keseluruhan, secebisan dan sepotong2 huraian manusiawi!

sila dgn sepenuh hormat dari saya adanya..

ustaz ali

Anonymous said...

terjemahan bahasa inggeris oleh 4 manusia tersebut di bawah ini, jika anda fahamkan maksud anda tersendiri dan kaitkan dgn tawaran saya di atas ini. bagaimana?

Sila yg membacanya harap dianggap wajib tawaran saya itu dan respon...
ustaz ali
+++++++++++++++++++++++
005.035
YUSUFALI: O ye who believe! Do your duty to Allah, seek the means of approach unto Him, and strive with might and main in his cause: that ye may prosper.

PICKTHAL: O ye who believe! Be mindful of your duty to Allah, and seek the way of approach unto Him, and strive in His way in order that ye may succeed.

SHAKIR: O you who believe! be careful of (your duty to) Allah and seek means of nearness to Him and strive hard in His way that you may be successful.

sesungutpatah said...

Pada saya tawaran yang menarik daripada Ustaz Ali, bertemu tuhan. Kali ini saya agak berpuas hati dengan tuan kerana memberikan tulisan yang panjang sikit membolehkan saya menjangka dengan aliran perbincangan. Untuk ulasan kepada ketiga-tiga terjemahan yang diberikan, saya mengambil keynya begini: Yosof Ali:"seek the means of approach unto Him, and strive with might and main in his cause," Pichter pula,seek the way of approach unto Him, and strive in His way manakala Shakir "seek means of nearness to Him and strive hard in His way"

Apa yang saya faham, ketiga-tiga terjemahan itu menjemput kita mencari jalan/alat untuk menemuiNYA. Jalan/alat itu apa? Dalam kefahaman saya, syariat. Syariat itu, pada saya, sembahyang dan lain-lain ibadat ritual. Sembahyang itu pula adakah sekadar ritual atau mempunyai rohnya....itulah yang perlu dihalusi dan diamalkan untuk mendapatkan penjernihan. Junaid Al-Baghdadi seperti ditulis Syah Waliullah dalam bukunya Ilmu Pengetahuan Suci (terjemahan Indonesia) memberikan detailnya seperti pembersihan di peringkat hati, akal dan nafsu dan paling tinggi mendapat bisikan 'rahsia'. Namun, saya tidak memehami dan tidak mampu mengamalkan dengan hanya membaca....

Anonymous said...

And no question do they bring to thee but We reveal to thee the truth and the best explanation (thereof).

Bahasa inggeris di atas dikaitkan bahasa inggeris di bawah.

I do not know if you have ever thought out or gone into this whole process of verbalizing, giving a name. If you have done so, it is really a most astonishing thing and a very stimulating and interesting thing. When we give a name to anything we experience, see or feel, the word becomes extraordinarily significant; and word is time. Time is space, and the word is the center of it. All thinking is verbalization; you think in words. And can the mind be free of the word? Don't say, "How am I to be free?" That has no meaning. But put that question to yourself and see how slavish you are to words like India, Gita, communism, Christian, Russian, American, English, the caste below you and the caste above you. The word love, the word God, the word meditation-what extraordinary significance we have given to these words and how slavish we are to them.

ustaz ali

Anonymous said...

kelihatan sesungut tidak patah dlm penerangan bab di atas.

sesiapa ada kesudian utk mengalirkan idea.......

ustaz ali

Anonymous said...

sesungut tak patah,

sila berkongsi setelah anda membaca novel tersebut.

org islam yg biasa tidak free-thinker or tiada samasekali?

ustaz ali