Tuesday, July 31, 2007

Makna 'Tidak Cukup'

MALAM ini sempat berjumpa dan bersembang-sembang dengan seorang Profesor dari UMT (Universiti Malaysia Terengganu). Dengan profesor, kadang-kala lahirnya 'insight'.

Beliau bercakap mengenai istilah 'tidak cukup'. Katanya, dalam pengalamannya berurusan dengan kakitangan di universitinya ada penyelidik yang selalu kata wang yang disediakan untuk penyelidikan tidak cukup, menyebabkan beliau tidak boleh menyudahkan `research'.

Berkatalah Profesor itu, tidak cukup adalah istilah yang positif. Kita lahirpun, katanya, tidak cukup ilmu, maka kita belajar. Kita bekerja tidak cukup duit, maka kita bekerja. Kita bekerja dari dulu hingga sekarang, pernahkah cukup duit?

Maka, kata Profesor itu lagi, dengan tidak cukuplah bergunanya akal kita untuk berkreatif dan hidup, seperti kata Descartes 'cogito ergo sum' (I think, therefore i exist). Tidak cukup itu memberi makna kepada hidup.

1 comment:

Anonymous said...

saya kaitkan dgn Dr Azly dan isterinya. mereka TAK CUKUP duit, maka bertingkah demikian?

positif dan negarif adalah penilain sahaja.

siapa yg cadangkan wadah dri UUM utk mereka?

ustaz ali