Saturday, March 10, 2007

HALA TUJU MPP

SINTOK: Kenangan seseorang selalunya dua wajah, satunya mengingati kenangan buruk dan keduanya mengingati kehebatan masa lalu.

Ini memberikan kesan lahirnya dua mazhab pemikiran. Mazhab pertama melihat dunia ini penuh duri dan tujuan kehidupan hanya untuk mengelak duri berkenaan. Mazhab kedua akan bangga dengan masa lampau dan seterusnya suka menceritakan kenangan.

Dalam konteks Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), mereka yang percaya kepada mazhab kedua akan mencari sesuatu yang dirasakan hebat oleh orang masa lalu, dan meniru apa sahaja yang dibuat mereka.

Jika pada masa lalu, demonstrator akan dianggap sebagai wira maka usaha untuk menentang segala suara dan dasar kerajaan akan menjadi kayu ukur aktiviti.

Barangkali ini lebih baik berbanding penganut mazhab dunia penuh duri kerana kumpulan ini akan melihat dunia secara `hatam-putih'. Perspektifnya untuk melihat sama ada sesuatu halal atau haram.

Namun, ada mazhab yang ingin keluar dalam ketegori berkenaan. Ini kerana mereka percaya dunia ini seperti kata tokoh pre-Socrates, Heraclitus bahawa dunia ini seperti sungai- iainya akan mengalir dan mengalir.

Mazhab ini akan percaya kepada perlunya idea. Idea akan menentukan kemajuan atau kemunduran. Pengalaman lalu hanyalah kerangka kasar yang tidak semestinya diikut. Idea itu perlu diperdebatkan, untuk memunculkan idea lebih baik. Kumpulan ini tidak jumud, malah terbuka kepada idea.

Hidup ini banyak bergantung kepada persepsi atau bagaimana kita melihat, dan persepsi itu selalunya seperti seseorang yang diikat dalam gua tetapi hanya tahu melihat kilatan cahaya, seperti diungkapkan Plato dalam Republic, mengenai the allegory of the cave.

Pilihan di tangan kita.

Bagaimanakah agaknya pilihan MPP dalam memilih aktiviti mereka?

7 comments:

Anonymous said...

cubaan

Anonymous said...

sekali lagi cubaan....

Anonymous said...

Sejak di bangku universiti, isu kepimpinan mahasiswa yang terbuai dengan kepimpinan model lama terus dibincangkan.

Mungkin betul agaknya jika dikatakan bahawa mahasiswa tak terlepas daripada ukuran masa lalu untuk menguji hebat tak hebat, berkesan atau tidak berkesan kepimpinan mahasiswa masa kini.

Dalam fikiran saya, ada beberapa faktor yang menghasilkan fikiran-fikiran ini;

a- 'imej kehebatan Anwar' sebagai satu faktor yang penting.Menjadi kepala demonstrasi, masuk penjara berkali-kali memang sinonim dengan kehebatan masa lalu. Apatah lagi jika sampai berjuang memikul senapang di dalam hutan.Imej garang,bangkang dan agresif memang cocok dengan jiwa muda yang membara.

Komen: Masalahnya ialah pemimpin akan berubah selaras dengan perubahan masa dan kedudukan pimpinan itu sendiri. Para pemimpin pelajar dulu dan sekarang menyalahkan AUKU, tetapi semasa Anwar jadi Menteri Pendidikan, tak pernah pun ada cubaan dari beliau untuk mengubahnya. Cubaan dan cadangan itu dibuat sekarang, bukan pada masa Anwar sebagai Menterinya.

b} Lanjutan dari (a) iaitu kegagalan sesetengah MPP hari ini membezakan pemimpin yang kaca dan permata. Pemimpin yang berprinsip serta terus memperjuangkan prinsip yang diyakini tanpa dipengaruhi variabel tertentu. Contoh, Che Guavara yang tidak selesa menjadi Menteri Kabinet Castro selepas kemenangan perjuangan mereka, sebaliknya memilih untuk terus memperjuangkan penindasan di Bolivia sehinggalah kematiannya. Adakah idola kepimpinan mahasiswa macam ini, atau yang menggunakan platform mahasiswa untuk mencari tempat pada masa depan? Tapi saya tak bicarakan salah betul dalam hal ini..

c) Gagal mencari arah yang baru- akibat tenggelam oleh 'kegemilangan' pimpinan mahasiswa masa lampau (lihat penerangan lembah sintok)menyebabkan mereka gagal memilih idea yang benar-benar boleh diperjuangkan dalam lautan idea yang ada di sekeliling mereka. Idea terlalu banyak, hingga mereka tak jelas nak memilih mana satu yang baik. Cadangan-pilih satu idea, walau teruk macam mana sekalipun, konsisten pada idea tersebut sehingga penggal pemerintahan mereka sebagai MPP akan terus diingati sebagai misalnya pencetus program basmi buta huruf di kalangan ornag tua kampung sintok yang paling berjaya. Kadang-kadang idea tak perlu mendunia bunyinya-saya melihat MPP antara kumpulan paling seronok menggunakan istilah-istilah besar yang kosong-Kamilah 'pewaris kepimpinan negara' dsb. Elok cuba dengan yang kecil dahulu tetapi benar-benar dirancang dan dipastikan kejayaannya. Program yang kecil sebagai permulaan sangat elok kerana memudahkan pengawalan dan setiap orang boleh belajar mengenai pengendalian program dari a sampai z.

d) Gagal meletakkan batas dan sempadan di mana lingkungan (sempadan fizikal dan sempadan simbolik)universiti dalam menetapkan perjuangan mereka. Akibatnya mereka cenderung menjadi pak turut kepada idea-idea besar yang telah dikemuka dan diperjuangkan orang lain. Itu pun masih elok berbanding hilang terus.
Sebagai contoh, mereka diminta memfokus kepada universiti sendiri, lupakan hal luar. Pada masa yang lain, mereka diarah menasionalkan perjuangan. Cadangan idea: Tetapkan sendiri pendirian mana yang elok. Tak ada cacatnya dalam kedua-dua aliran.

e) Lanjutan dari (d)- Mereka (MPP) kadang-kadang sengaja membiarkan hala tuju mereka dipimpin oleh orang lain-biasanya orang atas. Walaupun diakui hal ini agak rumit apabila program mereka disponsor oleh tangan tertentu termasuk tangan-tangan ghaib, tetapi barisan MPP yang berwawasan mampu mengubah dan berdiri sendiri. Mungkin juga sanggup terima bantuan tetapi tetap mengekalkan keaslian mereka, sama ada dari segi idea mahupun program.

Anonymous said...

Gue tidak mahu respon pasal MPP. Gue pelajar universiti jalanan (alam), jadi tidak arif. Freud bilang 'defense mechanism', tidak apa-apa itu analisis dia, hak dia. Lebih memikat isu sebelum, pasal kahwin-kahwin.

Pada gue, siapa saja yang sudah bulat, nekad mahu bunuh kebebasan peribadi, kahwin saja. Soal bahagia atau sengsara, itu perkara selepas. Jika tidak bahagia, pisah saja aman-aman, kemudian kahwin semula.

Hari ini gue sudah tidak jumpa apa perkara yang tidak dapat jika tidak berkahwin berbanding orang berkahwin. Gue jumpa apa yang pasangan kelamin dapat, pasangan tidak kelamin dapat juga tanpa apa-apa berkurang jika dia mahu.

Jadi kahwin-kahwin boleh saja disimpul sebagai 'pengalaman sejarah'. Hari ini pengalaman baru sudah pun dirintis mengganti yang lama. Yang baru tidak berkurang apa-apa pun berbanding yang lama, malah mungkin lebih manusiawi jalan ceritanya.

sesungutpatah said...

PERBEZAAN NILAI DAN KEPERCAYAAN

SEORANG pemimpin pelajar tiba-tiba muncul di bilikku dan bertanya perbezaan di antara nilai dan kepercayaan?

Nilai, bagi aku, sifatnya neutral.

Tidak mengapa ianya dikategorikan `baik' dan sekumpulan nilai dikategorikan `buruk.

Ia relatif juga kepada situasi.

Yang menjana tindakan selalunya sistem kepercayaan. Yang kita percaya ianya nilai itu buruk, dan kita tidak lakukan - conciously atau tidak.

Begitulah sebaliknya.

Yang menjadi masalah, kebanyakan kita, apabila tidak konsistennya kepercayaan dan tindakan.

Kita percaya sembahyang adalah perbuatan mulia, mengandungi nilai baik jika dilaksanakan.

Kita tidak lakukan.

Kita percaya rasuah perbuatan buruk, tetapi kita lakukan.

Kita percaya mencabul kehormatan perbuatan tidak elok, kita lakukan.

Idealnya, nilai dan kepercayaan dan perbuatan konsisten - inilah yang ingin aku capai - meski belum berjaya.

Anonymous said...

Gue sudah tidak ada kepercayaan, apa lagi nilai. Dulu gue tinggal agama (agama cenderung kelompok, seolah-olah spritual A boleh dibukti sama dengan B) dan ganti dengan kepercayaan kerana kepercayaan lebih individualis - kepercayaan aku kepercayaan aku, kepercayaan kamu kepercayaan kamu.

Kini kepercayaan itu sendiri sudah tidak butuh. Gue bawa hidup dan menempuhnya sebagaimana dimahu. Tanpa kepercayaan, tanpa nilai, hidup terus saja berlangsung kecuali kita sudah mahu tamatkan.

Jadi persoalan existentialist pada manusia, pada gue, apa kalian mahu? Bila sudah putus, kalian akan bergerak jika itu sebetulnya kalian mahu. Capai tak capai perkara selepas.

Jika terus seronok sibuk dengan kepercayaan, nilai, konsisten atau tidak dengan perbuatan, ini mendorong situasi kecamuk. Kepala berkecamuk oleh 'clash' yang tidak tahu bila bernoktah.

Lalu kita pun mendodoi lirik pesimis untuk menyejuk keadaan, 'oooh.. ini terlalu idealis!

razihan said...

kepimpinan mpp tidak lebih dari "touch n go" sahaja.mereka sama seperti pelajar yang disuruh mengundi sahaja pada hari mengundi maka kalutlah memangkah calon yang pada hemat saya tidak kenal pun siapa pun dia.tidak kenal aura mereka serta karismatik mereka,kredibiliti mereka,saya berharap adalah pertembungan sihat secara jantan.