Tuesday, February 13, 2007

Kari Kepala Ikan Bangsar

BANGSAR: Kari kepala ikan mamak di Bangsar memang enak. Peminatnya tentu tahu. Pencandu mamak tahu uniknya kari mamak. Di bawah sepohon pokok, kedai mamak Anwar beroperasi. Mamak Anwar ini memang unik. Dia kenal setiap pelanggan tetap.

Jika yang datang guna Perdana, harganya mahal sikit. Jika orang biasa, marhaen seperti aku, harganya biasa. Standardnya satu kepala ikan RM35. Jika dua orang makan RM35. Jika tiga orang makan juga sama. Yang lain - air minuman di kira free. Kadang-kala sotong juga dikira free. Ayam goreng juga dikira free. Jika pandai menawar harga, harganya sekitar itu.

Minggu lalu, seorang sahabat yang juga wartawan kanan di Jalan Riong mengajak bertemu di kedai Anwar. Memang kedai ini menjadi tempat pertemuan kami, peminat kari kepala ikan. Selain berpeluang berbual isu politik dan hal ehwal semasa, aku sempat `update' profile lama kawanku ini. Bersama isteri barunya, juga seorang wartawan, beliau kini mempunyai hampir dua anak. Isteri lamanya juga kawanku. Khabarnya, isteri lamanya juga sudah bercerai. Khabarnya, bekas husbandnya warganegara India. Ditemuinya dalam `chatting' internet. Ini kisah mereka.

Kembali kepada kari kepala ikan Anwar. Jika yang datang, kumpulan editor Jalan Riong, harganya tentu mahal sikit. Oh ya....ramai juga peminat kari Anwar terdiri dari editor. GE (Group Editor), Dato' Manja Ismail dan GEI (group-editor-in-chief), Dato' Hishamuddin Aun juga kerap kali ada di kedai mamak berkenaan. Kalimullah juga kerap-kali kelihatan di kedaiu berkenaan.

Jika aku datang 5 orang, akan aku bayar RM40. Jika 4 orang, RM35. Jika 6 orang, bayar RM50. Jadi aku dah tahu berapa harganya jika makan di kedai ini.

Seorang rakan aku, bekas wartawan TV3, kerap kali akan makan free di kedai itu. Aku tak tahu apa rahsianya?

2 comments:

haniro said...

Aku dedah ko mu sikit pasal haniro. Takdok hasrat pun nak dedah ko umum.
Sedikit masa lagi aku akan dedah satu lagi blog, sudah tentu tidak ada yang lain melainkan wacana seks.
Bacalah dari bawah.
(delete saja selepas baca)


Dec 25, 2006
demokrasi hilang

Usia fikri 5 tahun. Apa yang ditempuh-dialami dari alam kelilingnya, itulah yang menjadikan dirinya bagaimana. Dia belum boleh membaca. Belum boleh mungkin ada hubungan dengan aku dan teman hidup aku tidak serius mendedahkan suasana yang meransang untuk boleh membaca. Di sini, akan ada hubungkaitnya dengan apa-apa, bukan berlaku dengan sendiri, melainkan otaknya sudah tidak berfungsi. Atau 'down-syndrome'. Fikri bersalahan dengan 2 hal itu.
Yang boleh diberi perhatian ialah: pendedahan apa yang aku sudah beri padanya? Tidakkah menonton astro sepanjang malam dan menutup mata waktu aku siap bertolak ke tempat kerja?
Aku dan teman hidup aku hari ini mengambil keputusan fikri tidak harus lagi sibuk menonton TV dibiliknya sepanjang malam. Memohon ehsannya supaya tidur awal setakat ini tidak pernah memberi kesan. Menjelaskan kenapa tidur awal itu akan menjamin tumbesaran dirinya secara normal juga gagal mempengaruhinya membuat perubahan. Akhirnya jalan autokratik juga kami pilih. Frasanya - 'tidak boleh tidak kena tidur awal malam'.
Anda tahu apa perkara yang hilang dengan memilih jalan ini?
Demokrasi. Di sini, dalam kes ini, sebahagian amalan demokrasi hilang dalam keluarga kami.

Posted by haniro at 3:19 AM 0 comments



Dec 24, 2006
berselisih angin

Hari ini tidaklah mendung sangat dan tidak pula cerah sangat. Hari yang sesuai meronda-ronda jika mahu merasai alam keliling. Tetapi aku tidak keluar. Walau hari tidak mendung sebaliknya diri aku pula yang mendung. Aku memeruk diri di rumah.
Lewat petang semalam aku dan teman hidup berselisih angin. Antara kami terkepung dalam suhu panas. Cabra.. cabra... cabra... cabra.... kemudiannya satu sama lain mendingin. Saling tidak bertemu mata.
Selanjutnya teman hidup aku keluar pada waktu masih awal malam tanpa sempat menjamah laksa yang aku masak dan balik menjelang subuh (pagi tadi). Sepatah pun aku tidak bertanya. Dan walau sepatah pun juga tiada apa-apa keluar daripada mulutnya. Dia balik, menuju bilik beracunnya, memetik butang PCnya, senyap dan kemudian aku bau tembakau rokok balutnya. Dalam diri aku berkata: biarkan dia.
Agaknya dalam dirinya juga berkata: biarkan dia (aku).

Posted by haniro at 12:12 AM 0 comments



Dec 21, 2006
kartun 24 jam

Jika itu dunianya - berinteraksi dengan kartun di skrin TV - dan jika itu dikatakan suatu pembelajaran, jadi pembelajaran itu yang dia tempuh dan alami. Sejauh mana darjah serius, hanya dia yang tahu. Aku sejauh mungkin hanya boleh meninjau daripada sikapnya melalui lihat dan dengar. Tidak sihat? Jawapannya akan berkait pula dengan 'nilai'. Label nilai (baik ka, buruk ka) tidak pernah membantu untuk faham apa-apa.
Pada aku bukan soal tidak sihat, soalnya jika mahu dirinya (fikri) terdedah kepada banyak perkara dalam hidup maka menonton kartun 24 jam di astro bukanlah jalannya.
Jika terus-terusan dengan kartun, bukan terkejut lagi dia pun lambat-laun akan jadi kartun. Memang dah jadi pun kalaupun tidak semua!

Posted by haniro at 1:58 AM 0 comments



Dec 19, 2006
hari mendung

Haidi menangis. Tidak mahu berhenti. Apa yang tidak kena, siapa tahu? Fikri masih ghairah dengan basikal barunya. Udara sejuk, tidak ada bahang langsung. Tapi suasana bising, haidi menangis dan aku marah-marah.

Posted by haniro at 4:20 PM 0 comments

khasanah77 said...

Wah!!! peminat no satu kari ikan mamak yer??? rasanya macam tau jer kedai yang encik citer... mungkin macam encik katalah, kari yang mamak buat memang power sampai kadang-kadang tak kira apa yang diletakkan dalam kari tuh kan... ????!!!! yang pasti banyakkan check laporan PPIM... banyak senanya cite kari mamak kalau nak tau...